MENU

Bertarikh 3&4 September 2013 Majlis Daerah Gua Musang telah menjalankan Operasi Penggredan Premis Makanan bertempat di Dataran Usahawan/ Dataran Kesedar Putra yang melibatkan 8 orang pegawai dan anggota MDGM. Operasi ini telah diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MDGM dan anggota penguatkuasa yang lain. Operasi ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 1.00 pagi.

Objektif Operasi/ Aspek Pemeriksaan:

  1. Kebersihan bahan mentah
  2. Pengendalian makanan yang bersih
  3. Kebersihan diri pengendali makanan
  4. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi
  5. Persekitaran premis asas yang mencukupi
  6. Persekitaran premis makanan yang bersih
  7. Rekabentuk premis dan peralatan yang sesuai
  8. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul
  9. Guna tuala berasingan untuk membersihkan meja lap peralatan dan untuk lap tangan
  10. Sediakan tong sampah untuk bahan buangan dapur dan sentiasa ditutup

Kesalahan- Kesalahan Sebagaimana Undang- Undang Yang Tersebut.

  1. Tidak mempunyai lesen yang sah.
  2. Tidak memperbaharui lesen selepas 28hb. Februari setiap tahun.
  3. Tidak mempamerkan lesen di tempat yang mudah dilihat dalam premis perniagaan.
  4. Lesen tidak boleh ditukar kepada orang lain tanpa persetujuan Majlis.
  5. Lain- lain syarat yang disertakan dalam surat kelulusan.

Denda Dan Hukuman:-

  1. Undang- Undang Kecil (UUK) :-
  • Denda tidak lebih RM 250.00
  • Hukuman sabit kesalahan (mahkamah) RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh 1 tahun atau kedua- duanya dan denda tambahan tidak melebihi RM 200.00 bagi tiap- tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.