MENU

Bantuan

Sila Gunakan Ikon diatas untuk bantuan mengenai Laman Utama, Menu Utama, carian, Galeri Foto, Kalendar dan Web Moibile.

Bagi pertanyaan am, anda juga boleh merujuk kepada Soalan Lazim untuk mendapatkan jawapan segera.

Masih memerlukan bantuan?

Sila hantarkan isu atau pertanyaan anda menggunakan borang maklumbalas oyang disediakan atau hubungi staf yang berkenaan di laman Hubungi Kami. Pihak kami akan mengemukakan jawapan dalam tempoh tidak lebih dari tiga(3) hari bekerja.

 

Laman Utama

Laman Utama

 

Menu Utama

Menu Utama portal MD Gua Musang terdiri daripada :

Menu Info Gua Musangmenyediakan informasi berguna tentang Gua Musang kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat-tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.

Contoh :

 

Menu Utama

 

Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Gua Musang berserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan. E-perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.

Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.

Menu Berita & Peristiwamemuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Gua Musang. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

Semua maklumat penting tentang Majlis Daerah Gua Musang dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu MD Gua Musang

 

Carian

Carian

Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Artikel (di dalam Sumber), Perkhidmatan (boleh di dapati di penjuru kanan setiap muka surat)

 

Galeri Foto

  • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
  • Sebagai contoh, di dalam kategori Majlis Angkat Sumpah ada memuatkan gambar-gambar sepanjang majlis tersebut berlangsung.
  • Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
  • Gambar juga boleh dimuat turun.

Contoh :

Foto Galeri

 

Kalendar

Kalendar

  • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.
  • Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.
  • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti/program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.
  • Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti/program untuk hari tersebut.
  • Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Peristiwa Bulan Ini yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.

 

Web Mobile

Cara melayari laman web menggunakan telefon bimbit anda.

  1. Pastikan telefon bimbit anda telah di set untuk sambungan 3G. (Hubungi penyedia perkhidmatan anda sekiranya anda tidak pasti).
  2. Sebagai alternatif, jika telefon bimbit atau PDA anda mempunyai sambungan WiFi, aktifkan WiFi anda dan cari sambungan WiFi pilihan anda. (Sila ingat bahawa kebanyakan perkhidmatan WiFi memerlukan langganan).
  3. Pilih pelayar ('browser') yang terdapat dalam telefon anda (contohnya. Internet Explorer  , Opera  , Safari  , Web Mobile, dll.)
  4. Layari laman web menggunakan ‘browser' dengan menaip http://www.mdgm.gov.my dan klik OK/Enter/Submit. Paparan di bawah akan muncul di skrin telefon anda (bergantung pada jenama dan model telefon).

 

Forum

 

RSS

Apa itu RSS?

RSS (juga dikenali sebagai "Suapan RSS", "Sindikasi" dsb. Selepas ini dirujuk sebagai RSS) adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau RDF Site Summary (RSS 0.9 dan 1.0) adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language)mengikut tahap spesifikasi World Wide Consortium (W3C) . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Mengapa RSS perlu?

Perkembangan teknologi dalam penerbitan dalam talian amat memudahkan tugas bukan sahaja dalam penyebaran maklumat terkini secara web malah anda dapat mengesan maklumat terkini sejumlah besar laman web kesukaan anda tanpa perlu mengingati alamat URL laman tersebut atau sentiasa mengemaskini email untuk mendapatkan info terkini. Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk pembangun halaman web bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan Majlis Daerah Gua Musang (MD Gua Musang).Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar MD Gua Musang dapat menyalurkan Info atau Maklumat Terkini/Semasa yang berlaku daripada laman web MD Gua Musang dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui suapan RSS ini juga:

  • Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak anda.
  • Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (the spam).
  • Menjimatkan masa.
  • Anda dapat mengetahui Info dan Maklumat Terkini mengenai MD Gua Musang lebih cepat dan berkesan.
  • Berita atau info yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini.

Bagaimana menggunakan RSS?

Untuk menggunakan RSS daripada laman web MD Gua Musang, anda boleh menggunakan langkah seperti di bawah:

  1. Klik pada ikon RSS pada halaman utama laman web.
  2. Anda akan dipaparkan ke semua halaman RSS yang ada di dalam laman web MD Gua Musang. Klik pada senarai yang anda inginkan.
  3. Pengguna di galakkan untuk "Subscribe To This Feed"
  4. Anda boleh memilih di mana anda ingin melihat paparan RSS feed e.g. Browser atau RSS reader yang lain.
  5. Dengan cara ini, anda akan menerima secara automatik kandungan yang terkini daripada laman web MD Gua Musang.

Di mana untuk mendapatkan RSS readers?
Pengguna boleh muat turun desktop atau web-based RSS reader daripada laman web dengan mudah. Anda perlu memilih reader yang sesuai dengan keperluan kerana fungsi readers ini berbeza dengan penggunaan dan keperluannya. Berikut adalah senarai reader yang popular dalam laman web.

  • www.google.com/reader
  • http://bloglines.com/

 

Kod QR

Kini anda boleh melayari Portal Rasmi Majlis Daerah Gua Musang versi mudahalih menerusi Smartphone dengan hanya melalui Kod QR Rasmi Majlis Daerah Gua Musang. Anda hanya perlu:

  1. Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda.
  2. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari Smartphone anda.
  3. Anda akan terus dibawa ke Portal Rasmi Majlis Daerah Gua Musang versi mudahalih.
  4. Kandungan dan maklumat di dalam Mobile Web Majlis Daerah Gua Musang ini akan ditambah dari masa ke semasa.