MENU

CARA CARA BAYARAN

  • Semua pembayaran hendaklah disertai dengan bil asal.
  • Cek dan Wang Kiriman hendaklah dipalang ( tidak boleh niaga ) dan dibayar atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan.
  • Hanya resit-resit yang rasmi Pejabat Majlis Daerah Gua Musang, Kelantan sahaja diakui sah.
  • Resit-resit mestilah diperolehi setelah membuat bayaran.

PERINGATAN PENTING

  • Bila Cukai Bandar mestilah dibayar secara pendahuluan setengan tahun pertama sebelum 12hb Februari dan setengah tahun kedua sebelum 31 hb. Ogos tiap-tiap tahun. Bil-bil berkenaan akan dihantar kepada pemunya-pemunya harta ke alamat yang tercatat dalam rekod kami pad a awal setengah tahun. laitu bulan Januari dan Julai bagi setengah tahun yang berkenaan.
  • Notis tuntutan seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dikeluarkan jika pembayaran tidak dijelaskan pad a setengah tahun pertama selepas 28hb. Februari dan padasetengah tahun kedua selepas 31 hb. Ogos tanpa apa-apa amaran lagi dengan bayaran notis seperti berikut:-

BAYARAN NOTIS

Kadar-kadar berikut akan dikenakan :

 

  • Notis RM 1.00
  • Waran 1%
  • Bayaran waran akan dikenakan mengikut kadar-kadar yang dinyatakan atas jumlah yang masih berhutang lima belas (15) hari selepas pengeluaran notis tuntutan Seksyen 148.
  • Seorang tenan boleh melindungi kepunyaan-kepunyaannya sendiri dengan mengemukakan bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Kegagalan membayar hasil oleh pemilik akan mengakibatkan perampasan kepunyaan-kepunyaan penyewa sendiri.
  • Seorang tenan boleh melindungi lagi kepentingannya sendiri dengan membayar sewanya kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan: Sebarang sewa yang dijelaskan kepada Majlis oleh tenan boleh dipotong dari bayaran-bayaran sewa selepas sahaja daripada itu dan berikutnya kepada pemilik pegangan itu. Seksyen 151 (b).
  • Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu Jabatan ini di atas penukaran pemilik bagi hartaharta yang termasuk di dalam Majlis Daerah Gua Musang.
  • Kalau Tuan/Puan tidak menerima bil asal, sila datang ke Pejabat ini untuk mengambil bil salinan sebelum tempoh di atas.