MENU

Objektif 

 1.  Meningkatkan imej korporat.
 2.  Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.
 3.  Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
 4.  Memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.
 5.  Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

 

Dasar

 1.  Menyediakan Garis Panduan selaras dengan Dasar EKSA agensi.
 2.  Menyebar Dasar dan Garis Panduan EKSA serta memastikan semua warga kerja memahaminya.
 3.  Memastikan EKSA diamalkan dan dipatuhi oleh semua warga agensi.
 4.  Memastikan dokumentasi berkaitan pelaksanaan EKSA disusun dengan teratur dan sentiasa dikemas kini termasuk perkara yang berikut:
i. Minit mesyuarat
ii. Surat lantikan Jawatankuasa
iii. Laporan aktiviti Jawatankuasa
 5.  Mewujudkan  keseragaman pelaksanaan EKSA seperti ketetapan agensi/garis panduan yang dibangunkan oleh agensi.
 6.

a) Menyediakan dan memaparkan SUDUT EKSA di tempat yang strategik (secara maya atau fizikal) dan mengandungi perkara seperti yang berikut:
i. Dasar EKSA agensi
ii. Carta organisasi
iii. Gambar aktiviti SEBELUM dan  SELEPAS
iv. Pelan lantai
v. Carta Perbatuan semasa
vi. Informasi/hebahan
vii. Tarikh kemas kini sudut EKSA.

b) Memastikan maklumat dan bahan yang dipaparkan sentiasa dikemaskini dan dalam keadaan baik.