MENU

OPERASI MENCUCI LONGKANG TERSUMBAT DI HAPAN KEDAI TAYAR BANDAR BARU GUA MUSANG

Majlis Daerah Gua Musang telah menjalankan satu Operasi Mencuci Longkang Tersumbat Di Hadapan Kedai Tayar Bandar Baru Gua Musang yang di ketuai oleh En. Mohd Ruzuke Bin Abdul Aziz (Penolong Jurutera MDGM), En. Mohd Hisyam Bin Hassan (Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran MDGM) dan anggota pekerja awam MDGM.Turut serta dalam operasi ini ialah 2 orang kakitangan AKSB bagi membantu sokongan dalam kerja-kerja operasi tersebut. Kerja-kerja yang dilakukan sempena operasi ini ialah mencuci longkang tersumbat akibat daripada kerja-kerja operasi kedai tayar yang menjalankan perniagaan berhampiran longkang tersebut tanpa mengikut prosedur yang betul. Ini menyebabakan kawasan terbabit sering berlaku limpahan air di atas jalan dan boleh berlaku kejadian banjir kilat. Operasi telah dijalankan sebagaimana berikut:-

Tarikh   : 04 Februari 2014 (Isnin)
Jam      : 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Di Hadapan Kedai Tayar Bandar Baru Gua Musang