MENU

Pada 6 Ogos 2013, Bertempat di Crown Garden Hotel Kota Bharu, Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan Mesyuarat Penuh Khas Kali Ke 2/2013 dan Majlis Berbuka Puasa antara Pengurusan MDGM, Ahli Majlis dan mantan Yang Dipertua MDGM yang lepas. Mesyuarat bermula pada jam 12.30 tengahari dengan agenda Perbentangan Kertas Kerja berkaitan pembinaan 10 unit lot kedai bersebelahan Taman Titiwangsa, Perbentangan Kertas Kerja dari Arkitek berkaitan Konsep Cadangan R&R dan Stesen Minyak Di Tanah Tinggi Lojing seterusnya Perbentangan Kertas Kerja Perjanjian Sewaan Tapak (TOL MDGM) menara telekomunikasi di antara Alpha Orange dengan MDGM. Sempena Mesyuarat Penuh Khas ini juga turut diadakan majlis berbuka puasa di hotel tersebut bagi meraikan semua ahli mesyuarat yang hadir. Majlis berbuka puasa ini dihadiri oleh Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Unit MDGM. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran bekas Mantan Yang Dipertua MDGM (Tuan Haji Mat Jusoh Bin Husin dan isteri). Majlis berlangsung dengan penuh keceriaan dan kesederhanaan dalam suasana yang penuh muhibbah.