MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG (MDGM) & JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG & NEGERI KELANTAN (JPBD) telah menganjurkan Program Perasmian Publisiti Dan Penyertaan Awam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing pada 19 Januari 2015, bertempat di perkarangan Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Abdul Fattah Bin Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama dalam majlis ini YABrs. YM Tuan Zainal Abidin Bin Tuan Yusuf (Yang DiPertua MDGM), YBrs. En. Nik Razak Bin Nik Hassan (Ketua Jajahan Kecil Lojing), YBrs. En. Mohd Zaki Bin Ismail (Setiausaha MDGM), Wakil Ketua Pengarah JPBD Semenanjung Malaysia, Pengarah JPBD Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan & Negeri, Kakitangan JPBD, MDGM serta rakyat Jajahan Gua Musang. Majlis Sumbangan Bantuan Banjir turut diberikan kepada anak-anak sekolah di Jajahan Gua Musang yang terlibat dengan banjir. Program telah diakhiri dengan Majlis Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan lawatan ke pusat pameran RKK Lojing yang telah disediakan oleh pihak penganjur.