MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Pasca Banjir kepada penduduk di Felda Aring 2, 3 dan Kg. Bertam pada 28 Januari 2015. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Zaki Bin Ismail, Setiausaha MDGM dan turut serta bersama ialah Pembantu Penggawa Chiku, Penghulu Aring, Penghulu Bertam, Ketua-Ketua Unit dan Kakitangan MDGM. Program dijalankan dengan aktiviti pemberian barangan makanan dan peralatan harian kepada mangsa-mangsa banjir di Jajahan Gua Musang bagi meringankan penderitaan mangsa banjir dan sambil bertanya khabar tentang keadaan mangsa selepas berlaku banjir.