Tahun 2012 sangat bermakna buat negeri Kelantan kerana tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Kelantan. Kali terakhir program Tahun Melawat Kelantan adalah pada 2008. Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 ini, Kerajaan Kelantan telah mengadakan pelbagai bentuk program dan aktiviti bagi memastikan sasaran dikunjungi 6 juta pelancong.