MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG & Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) telah berjaya menganjurkan program mancing mania 2017 yang berlangsung pada 28 Oktober 2017 di Taman Tasik Gua Musang. Seramai 500 orang peserta telah menyertai program ini dan pelbagai aktiviti disediakan antaranya pertandingan memancing ikan, pertandingan suara burung, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan menagkap itik dan pameran kediaman gua musang. Hadiah yang disediakan sangat menarik termasuk Johan membawa balik wang tunai RM5000.00 dan cabutan bertuah sebuah kereta.