MENU

Pada 23 & 24 November 2012 (Jumaat & Sabtu) Kelab Sukan & Sosial (KESUMA) MDGM telah berjaya menganjurkan Karnival Bolasepak 8 Sebelah Antara Jabatan Peringkat Jajahan Gua Musang merebut Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang yang diadakan di Padang Pusat Sivik Gua Musang. Karnival ini telah disertai oleh 16 pasukan Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Perlawanan bolasepak ini dijalankan secara liga dan perlawanan akhir telah menyaksikan pertemuan antara pasukan Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dengan pasukan Lembaga Kemajuan Kelantan Selantan (KESEDAR), keputusan akhir memihak kepada pasukan MDGM dengan menewaskan KESEDAR 1-0 seterusnya pasukan MDGM dinobatkan sebagai juara. Piala dan hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Ketua WHIP dan Ahli Majlis MDGM mewakili bagi pihak Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang.