MENU

Rombongan Kelab Kebajikan, Sukan Dan Sosial (KESUMA) Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi pada 31/1/2013 hingga 2/2/2013. Rombongan seramai 58 orang yang mana 9 orang kakitangan wanita dan 49 orang adalah kakitangan lelaki.

Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan baru dunia luar kepada kakitangan MDGM mengenai budaya di tempat orang lain di samping untuk menenangkan fikiran (fresh minda) sebagai permulaan di tahun baru bagi meningkatkan mutu kerja dan tahap perkhidmatan kepada pelanggan (rakyat) dalam melaksanakan tugas di MDGM.

Rombongan bertolak pada pukul 11.00 malam (30/1/2013) dengan manaiki bas dan kenderaan Jabatan dan sampai di Pulau Langkawi jam 5.00 pagi. Walaupun kepenatan namun semua anggota rombongan cukup gembira dan sangat terpesona dengan keindahan dan kecantikan pulau tersebut.

Hasil daripada lawatan ini, dapat dituntaskan bahawa budaya menjaga kebersihan warga Pulau Langkawi perlu dicontohi dan perlu dididik kepada rakyat Gua Musang. Selain itu, dapat melawat tempat-tempat yang boleh dianggap dapat merehatkan minda. Pihak majikan mengharapkan semua warga MDGM dapat membuka lembaran dan semangat baru pada tahun ini dalam meningkatkan lagi hasil kepada Majlis dan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.