MDGM Home  Divider Image   Awam   Divider Image  Pelancong   Divider Image   Warga MDGM   Divider Image  
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks  Warna Kontras  reset Contrast  Light Contrast  Dark Contrast  Medium Contrast    Mendengar Teks   Select Text First, Then Press This Button Tukar LatarBelakang  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang

Latar Belakang 

Latar belakang, sejarah dan kawasan jajahan Majlis Daerah Gua Musang.

Diawal penubuhan Majlis ia dikenali dengan nama Majlis Daerah Ulu Kelantan. Menerusi Warta K.N.PU 32 yang bertarikh 13 September 1983, Majlis Daerah Ulu Kelantan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Gua Musang. Penyusunan semula dibuat di bawah Akta 171 dan 176 mulai 1 Januari 1979.

Majlis Daerah Gua Musang telah dibentuk hasil daripada penubuhan serta pencantuman dua buah Penguasa Tempatan yang sedia ada iaitu Lembaga Bandaran Gua Musang dengan Majlis Tempatan Bertam yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1984 di bawah Seksyen 3(1), Undang-Undang Majlis Tempatan 1952.

Disamping itu, Majlis Daerah Gua Musang meluaskan lagi empayarnya dengan mengadakan perluasan kawasan operasi majlis daripada 0.68 batu persegi (1.76 kilometer persegi) kepada 50 batu persegi (129.5 kilometer persegi). Antara kawasan tersebut ialah Kampung Star, Kampung Pulai, Pasir Tumbuh, Chegar Bongor, Kampung Kerinting, Limau Kasturi, Batu Papan dan Kampung Lepan Tupai (Lepan Jaya).

Selepas pewartaan perluasan kawasan Majlis Daerah Gua Musang pada 15hb September 2005, keluasan pentadbiran Majlis Daerah Gua Musang telah bertambah iaitu seluas 7,979.77 kilometer persegi yang mana ianya merangkumi 3 daerah iaitu Daerah Galas, Daerah Bertam dan Daerah Ciku.

Guna Tanah Semasa Chiku Guna Tanah Semasa Bandar Gua Musang 
Guna Tanah Semasa Pusat PertempatanKampung Bertam Baru Guna Tanah Semasa Pusat Pertempatan Pualai  
Guna Tanah Sedia Ada Gua Musang

 

CARIAN
KALENDAR
« Mei 2012 »
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3