Soalan : Apa yang dimaksudkan dengan cukai kadaran? Jawapan : Cukai Kadaran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Gua Musang seperti rumah kediaman, harta perniagaan (kedai, komplek, hotel dan sebagainya), harta perindustrian (kilang, pelabuhan dan sebagainya) dan tanah (kosong tanpa bangunan, pertanian, tanah yang diberi kelulusan untuk tatasusunan). |
Soalan : Bolehkah cukai kadaran diberi pelepasan? Jawapan : Bolehkah cukai kadaran diberi pelepasan? 1. Pulangan balik cukai taksiran mengikut seksyen 162 Akta Kerajaan Tempatan 1976 : - Jika Bangunan tidak diduduki melebihi satu bulan dan notis diberikan dalam masa 7 hari setelah kekosongan dan tidak lewat dari satu bulan selepas setengah tahun yang telah dibayar.
2. Pulangan balik perlu membuktikan :- - Bangunan dalam keadaan baik
- Usaha yang munasabah untuk dapatkan penyewa telah dibuat
- Sewa yang diminta adalah munasabah
- Bangunan telah kosong selama tempoh tuntutan.
3. Kecuali bagi bangunan yang telah dibaiki bagi maksud menjadikannya layak diduduki atau untuk pembinaan semula. 4. Apakah tanggungjawab pemilik pegangan/bangunan? 5. Seksyen 160 Akta Kerajaan Tempatan 1976 - Kewajipan penjual dan pembeli memaklumkan pindahmilik pegangan dalam tempoh 3 bulan selepas jualan kepada Majlis Daerah Gua Musang
- Kewajipan pemunya melalui warisan memberikan notis dalam masa 1 tahun selepas kematian pemunya asal
- Majlis daerah Gua Musang boleh meminta suratcara penukaran pemunyaan.
- Penjual masih bertanggungjawab terhadap kadar sehingga pindah milik telah direkodkan oleh Majlis Daerah Gua Musang
- Pembeli bertanggungjawab untuk menjelaskan tunggakan sebelum notis direkodkan dan MDGM berhak menyita harta pembeli untuk mendapatkan tunggakan cukai tafsiran
- Kesalahan gagal memberikan notis boleh didenda RM2,000.00 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
|