Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 

Berikut merupakan syarat-syarat lesen premis yang telah ditetapkan :

  • Kebersihan di dalam dan kawasan sekeliling kedai hendaklah dijaga.
  • Penjualan pembaikian barang – barang di atas kaki lima kedai adalh dilarang dan merupakan satu kesalahan yang boleh diambil tindakan.
  • Alat pemadam api hendaklah diperiksa dan disahkan boleh digunakan oleh pegawai bomba.
  • Untuk papan iklan/papan tanda kedai, Bahasa Malaysia hendaklah ditulis di  bahagian atas dan lebih besar dari bahasa – bahasa lain.
  • Kotak Alat Pertolongan Cemas yang mengandungi ubatan serta alatan yang mencukupi hendaklah disediakan.
  • LESEN INI HENDAKLAH DIPAMERKAN DI DALAM KEDAI / GERAI SETIAP MASA.
  • Permainan – permainan seperti ‘pintables’ serta ‘mahjong’ atau apa – apa jenis permainan berbentuk perjudian adalah ditegah.
  • Pemegang lesen atau wakilnya atau orang – orang gajinya mestilah jangan membenar pelacur atau orang – orang berperangai tidak baik berjumpa atau menumpang di tempat – tempat tersebut.
  • Permainan radio atau alat – alat muzik tidak dibenar diteruskan selepas pukul 12.00 malam (tertakluk pada pindaan). Di masa – masa lain permainan radio atau lain – lain alat – alat muzik tidak sekali – kali dibenarkan bermain sehingga menyebabkan gangguan kepada jiran – jiran.
  • Pihak Majlis Daerah Gua Musang berhak meminda atau menambah atau mambatalkan apa – apa syarat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.Perniagaan yang dijalankan tanpa lesen atau membuat penipuan atau melanggar syarat – syarat yang dikenakan, pihak Majlis Daerah Gua Musang berhak menarik balik lesen tuan/puan atau dikenakan kompaun atau dihadapkan ke Mahkamah dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih dari lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih dari enam bulan atau denda dan penjara itu kedua – duanya.


Tambahan bagi premis jualan makanan dan minuman :-

  • Tidak seorangpun dibenar bekerja di tempat – tempat yang diberi lessen melainkan setelah ianya disahkan sihat oleh Pegawai Kesihatan Gua Musang,Sijil Pengesahan Sihat yang tersebut boleh dipakai hanya dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pengeluaran.
  • Segala jenis makanan untuk jualan mestilah disimpan dalam bekas – bekas yang tidak boleh dimasuki oleh lalat serta tikus.

 

 

CARIAN
KALENDAR
« Julai 2010 »
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1