MENU

Pada 27 Julai 2015 berlangsung Majlis Pelancaran Jubli Perak Membangun Bersama Islam Zon Selatan yang telah dirasmikan oleh YAB. Ustaz Dato' Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Majlis berlangsung di Padang Pusat Sivik Gua Musang yang turut dihadiri oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Y.M Yang Dipertua MDGM, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis, Pemimpin Tempatan dan rakyat Jajahan Gua Musang. Majlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan pelbagai aktiviti ilmiah turut dijalankan.