MENU

KERAJAAN NEGERI KELANTAN, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dan Majlis Daerah Gua Musang telah mengadakan program Ekspedisi Menjejak Bunga Rafflesia Lojing Highlands 2019. Program ini telah dilangsungkan pada 26 Syaaban 1440H / 02 Mei 2019M, bertempat di ECO R&R Lojing Highlands. Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. En Fazli Bin Mohd Zain (Ahli Majlis MDGM) mewakili EXCO Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan. Majlis turut disertai oleh YBrs. En. Zulkarnean Bin Isa (Setiausaha MDGM), Ahli-Ahli Majlis, wakil TIC dan 91 orang peserta XPDC dari dalam dan luar negara.