MENU

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Negeri Kelantan telah mengadakan sesi turun padang bersama Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) Negeri Kelantan yang bertempat di Ibu Pejabat Majlis Daerah Gua Musang Pada 07 Februari 2017. Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Kelantan dan anggota rombongan. Rombongan telah mengadakan perjumpaan dengan YBrs. Tuan Setiausaha MDGM, YBrs. Ketua Perunding Kawalan Pemajuan MDGM dan kakitangan unit OSC MDGM. Objektif program ini adalah sebagai usaha memahami situasi dan isu-isu perancangan di peringkat pelaksanaan, berkongsi maklumat jabatan serta khidmat nasihat teknikal oleh JPBD.