MENU

KERAJAAN NEGERI KELANTAN, MDGM, PTJGM, MKJR, BOMBA, JPAM dan lain-lain agensi mengadakan program Ops Raya bagi menyambut kepulangan anak-anak perantau yang pulang ke Jajahan Gua Musang serta Negeri Kelantan. Ia berlangsung di R&R Rantau Manis Gua Musang, bermula jam 10 pagi. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Ab. Fattah Bin Haji Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia & Sukan Negeri Kelantan. Program ini turut disertai oleh YM. Yang Dipertua, Penyelia Parlimen Gua Musang, Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang serta wakil Jabatan Persekutuan & Negeri Kelantan. Pada majlis ini anak-anak perantau di berikan goodies, topi keledar, jaket keselamatan dan risalah kempen keselamatan jalanraya supaya berhati-hati memandu semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang seterusnya dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di musim perayaan.