MENU

PADA 31 Januari 2018, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menyampaikan Kuliah Maghrib Khas di Masjid Al- Maghfirah, Mukim Chiku 1, Gua Musang. YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar turut mengimami Solat Gerhana Bulan sejurus solat Isya' dan khutbah telah disampaikan oleh Dato' Pengarah JAHEIK. Turut hadir dalam majlis tersebut YM. Yang Dipertua MDGM, Penyelia Parlimen Gua Musang, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Gua Musang serta penduduk setempat.