MENU

KERAJAAN NEGERI KELANTAN melalui Bahagian Kerajaan Tempatan SUK telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kerajaan Tempatan Negeri Kelantan Bil.3/2019 yang diadakan pada 17 Muharam 1441H bersamaan 17 September 2019M (Selasa), bertempat di Dewan Persidangan Dato' Hj Ismail Bin Hj Hassan Majlis Daerah Gua Musang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan Oleh YB. DR. HAJI IZANI BIN HUSIN (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan). Semua Yang Dipertua dan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan telah hadir dengan jayanya ke mesyuarat tersebut. Pengurusan MDGM mengucapkan sekalung Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dr. EXCO dan semua Yang Dipertua PBT kerana MDGM dipilih sebagai tuan rumah mesyuarat pada kali ini.