MENU

Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di bawah seliaan Jawatankuasa Pembangunan Islam menjalankan program Jejak Prihatin dalam usaha membantu golongan asnaf di kawasan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, En. Rosmadi Abd Wahab berkata, program ini bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan di Jajahan Gua Musang seperti fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim. Program ini bertujuan merapaykan hubungan MDGM bersama masyarakat. Program turut disertai oleh Ketua WHIP, Ahli-Ahli Majlis, Pen. Pegawai Pembangunan Islam, Belia & Kebajikan serta kakitangan MDGM.