MENU

MAJLIS DAERAH GUA MUSANG melalui Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan dan Pelancongan MDGM telah mengadakan satu lawatan muhibah ke Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada 20 Februari 2018, di pejabat Muzium Negeri Kelantan. Rombongan telah diketuai oleh YBrs. Ustaz Abdullah Bin Hussein (Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Perpaduan & Pelancongan MDGM), turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Unit MDGM yang terlibat. Majlis dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Pen. Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan seterusnya semua ahli rombongan di bawa melawat ke dalam muzium dan melihat gambar dan artifak lama berkaitan Jajahan Gua Musang. Hasil lawatan ini MDGM bercadang akan mengadakan kerjasama erat dengan pihak Muzium bagi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan Galeri Jajahan Gua Musang nanti.