MDGM Home  Divider Image   Awam   Divider Image  Pelancong   Divider Image   Warga MDGM   Divider Image  
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks  Warna Kontras  reset Contrast  Light Contrast  Dark Contrast  Medium Contrast    Mendengar Teks   Select Text First, Then Press This Button Tukar LatarBelakang  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Kandungan Jurnal

<< Kembali

 

Kerajaan Kelantan mempunyai satu lagi jajahan baru di kawasan Selatan negeri yang dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. Pengistiharan jajahan baru tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H.

Turut hadir Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pembesar negeri serta pegawai Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

Kawasan Jajahan Kecil Lojing meliputi tiga daerah iaitu Betis, Hau dan Sigar yang keseluruhannya mempunyai 5,613 penduduk. Di majlis tersebut juga Pemangku Raja telah berkenan meletak batu asas pembinaan masjid Keputeraan yang  pertama di Jajahan Lojing.

Masjid tersebut akan dibina di tapak seluas lebih 10 ekar akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta dan gerai jualan hasil pertanian yang dihasilkan di Lojing.

 

 

 

CARIAN
KALENDAR
« Mei 2012 »
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3