
<<kembali
GUA MUSANG - Gua Batu Madu dekat sini masih terpelihara dan mempunyai keindahan alam semula ja-dinya yang begitu unik serta mampu menjadi pusat pelan-congan baru di daerah ini. Bagi penduduk tempatan Gua Batu Madu sudah tidak begitu asing lagi bagi mereka, tetapi penduduk luar dari daerah Gua Musang mungkin langsung tidak pernah mendengar nama kawasan pelancongan tersebut.
Justeru, penduduk di sini meminta pihak yang terbabit agar mengambil inisiatif untuk mempromosikan Gua Batu Madu ini sebaris dengan kawasan destinasi tersohor yang lain. Seorang pengunjung, Ru-zelan Romli, 50-an berkata, biar pun beliau menetap di Gua Musang tetapi baru sekali dia mengunjungi kawasan pelancongan itu. Menurutnya, beliau mengetahui tentang Gua Batu Madu daripada penduduk setempat.
“Usaha mempromosikan Gua Batu Madu ini patut dilaksanakan untuk memperkenalkannya kepada masyarakat Kelantan khususnya. “Selain itu, jika diba-ngunkan ia mampu menjana ekonomi masyarakat setempat seterusnya menambah satu lagi lokasi pelancongan di Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian. Ruzelan berkata, keba-nyakkan kawasan tumpuan pelancong di daerah ini terletak jauh di pedalaman berbeza dengan Gua Batu Madu yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja dari bandar Gua Musang.
“Selain Gua Batu Madu, daerah Gua Musang tidak mempunyai kawasan pelancongan yang letaknya berhampiran dengan bandar. “Kebanyakannya agak jauh dan memakan masa untuk sampai ke destinasi tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.