MENU

Fungsi Majlis Daerah Gua musang

  • Majlis Daerah Gua musang (MDGM) berfungsi sebagai pentadbiran yang ketiga selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ia bertanggungjawab dalam segala aspek pembangunan seperti ekonomi, politik dan sosial tempatan. MDGM juga bertanggungjawab dalam mewujudkan perkhidmatan asas Kerajaan Tempatan dalam bidang kesihatan awam, kemudahan asas kemajuan sosial dan rekreasi dalam kawasan pentadbirannya.

  • Secara umumnya MDGM bertanggungjawab dalam meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan dari segi sosial ekonomi di samping wujudnya satu perancangan pembangunan yang teratur bagi pembangunan pada masa akan datang.

  • Selain itu, tugas dan fungsi MDGM turut merangkumi perkara-perkara berikut :-

    • Pembersihan bandar dan rekreasi.

    • Mengadakan lampu-lampu jalan.

    • Mengatur, mengawal dan merancang pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan di dalam kawasan MDGM.

    • Membina dan menyelenggara jalan-jalan, parit,  pembentungan dan lorong belakang.

    • Menamakan jalan-jalan tempat awam dan taman perumahan.

    • Membuat kawalan dan peraturan mengenai kerja-kerja bangunan dan tempat awam.

    • Mengatur dan mengawal lalulintas dalam kawasan MDGM.

    • Memproses dan mengeluarkan lesen-lesen perniagaan, pengiklanan dan lesen pasar lambak/ malam.

    • Menganalisa, menilai dan menyediakan senarai nilaian harta dan kadaran harta dalam kawasan MDGM.

    • Membina dan menyelenggara tempat-tempat awam dan kemudahan awam seperti pasar, perhentian awam, gerai-gerai dan lain-lain.