MENU

PADA 21 Januari 2020, Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) telah melakukan rampasan dan menyita arak yang pertama tahun ini dengan nilai RM2500.00 di sebuah premis di Lojing Highlands. Rampasan ini di lakukan atas kesalahan tiada lesen perniagaan di bawah Undang2 Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDGM 2012 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2000.00. Unit Penguatkuasa menerima aduan dari orang ramai mengatakan arak dijual secara terbuka terutamanya kepada belia orang asli. Hasil dari pemeriksaan ke setiap premis didapati sebuah premis telah melanggar syarat lesen dengan menjual minuman keras tanpa lesen. Justeru itu minuman keras  tersebut telah di rampas dan disita. En. Kamarudin Idris yg mengetuai operasi tersebut berkata "Adalah dibimbangi jualan minuman keras boleh membawa kepada ketidak tenteraman dan masalah sosial dalam masyarkat orang asli."