MENU

BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN SUK KELANTAN & MAJLIS DAERAH GUA MUSANG telah menganjurkan kejohanan sepakan penalti sukan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri kelantan tahun 2017/2018. Kejohanan telah dilangsungkan pada 10 Februari 2018, bertempat di padang pusat sivik gua musang. Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan telah menyertai kejohanan ini dan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan. Johan bagi kejohanan ini telah dimenangi oleh Majlis Daerah Pasir Puteh, naib johan Majlis Daerah Pasir Mas dan ketiga Majlis Daerah Tanah Merah. Hadiah telah disampaikan oleh YBrs. Setiausaha & YBrs. Ketua WHIP Majlis Daerah Gua Musang.