MENU

YAB. Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah hadir merasmikan Pelancaran Petak Kajian Pokok Eucalyptus di Hutan Simpan Sg Betis, Gua Musang pada hari Khamis, 11 Januari 2018. Eucalyptus atau dikenali dengan nama Kayu Putih boleh diproses untuk penghasilan minyak asli bagi kegunaan perubatan dan bahan api. Manakala kayunya sesuai diguna sebagai kayu perabot, papan lapis dan cerucuk bangunan.

Turut hadir YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato' Penasihat Undang-Undang, YB Dato' Pegawai Kewangan, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YABhg Dato' Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, YM Ketua Jajahan Gua Musang, Presiden Nanning Lvyounung Agricultural Science & Technology, semua Yang Dipertua PBT dan pimpinan setempat.