Bahagian Perancangan Pembangunan
Objektif
Untuk mempertingkatkan pembangunan dalam kawasan Majlis secara bersistematik selaras dengan Dasar Kerajaan.
Untuk merancang dan menentukan strategi-strategi perancangan,cadangan serta program pembangunan agar selaras dengan Dasar Kerajaan.
Untuk menentukan peruntukan dan penyediaan kemudahan awam dan sosial yang mencukupi serta menggalakkan dan mempertingkatkan keadaan sosial dan psikologi penduduk.
Untuk mewujudkan alam sekitar yang baik dan mengekalkan keseimbangan di antara keperluan-keperluan pembangunan bandar, alam sekitar buatan manusia dan alam semulajadi.
Fungsi
Bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan,penyelarasan dan penyediaan setiap pelan-pelan bangunan dan memperakukan polisi-polisi dan dasar berkaitan dengan pembangunan kawasan Majlis.
Bertanggungjawab dalam penyediaan pelan-pelan perancangan dan rancangan-rancangan pemaju sama ada Rancangan Sruktur Rancangan Tempatan yang menentukan Pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan.
Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tapak adalah menepati guna tanah ‘zoning’ serta pelbagai peraturan perancangan.
[kembali]